Soal Jawab

1. Siapakah yang boleh menyertai pelan takaful?
Semua warganegara Malaysia dan kelayakan umur adalah berdasarkan jenis pelan yang ingin diambil.

2. Berapakah jumlah sumbangan yang perlu saya bayar?
Sumbangan anda bergantung kepada umur, tempoh penyertaan dan jenis pelan yang anda ambil.

3. Bagaimanakah cara membayar sumbangan?
Anda boleh memilih untuk membayar secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan, sama ada melalui kad kredit, debit terus (autodebit), arahan bank (standing instruction), cek atau tunai. Bayaran sumbangan mestilah dibayar sepanjang tempoh sijil.

4. Apakah proses yang perlu dilalui untuk menyertai pelan takaful?
Anda perlu menghubungi saya untuk mendapatkan sebutharga sama ada melalui telefon, facebook atau email. Untuk memberikan penjelasan dengan lebih terperinci mengenai pelan yang anda ingin ambil serta sebut harga yang telah diberi, pertemuan akan diaturkan. Kemudian isi borang penyertaan beserta cara pembayaran.

5. Bilakah perlindungan Takaful akan bermula?
Perlindungan akan bermula setelah syarikat meluluskan permohonan penyertaan anda bersertakan sumbangan.

6. Kenapa saya memerlukan Takaful Pendidikan?
Dengan menyertai Takaful Pendidikan anda telah menyediakan satu tabungan pendidikan untuk anak-anak. Ini suatu tindakan yang sangat bijak memandangkan kos pendidikan yang semakin meningkat pada masa kini.

7. Kenapa saya perlu menyertai Takaful Simpanan sekarang?
Anda perlu menyertai pelan ini sekarang sebagai melaksanakan tugas anda sebagai seorang yang bertanggungjawab kepada keluarga tercinta.
Ia merupakan persediaan dari segi kewangan seandainya satu musibah menimpa diri anda.
 
8. Apakah skop persediaan kewangan tersebut?
Skop persediaan kewangan tersebut adalah dari segi melangsaikan hutang, perbelanjaan kos perubatan (sekiranya mendapat keilatan kekal), perbelanjaan pengkebumian, perlindungan untuk keluarga yang ditinggalkan.
 
9. Apakah faedah yang saya dapat sekiranya tidak ditimpa musibah?
Apabila sijil anda matang, anda akan menikmati wang simpanan anda beserta perkongsian keuntungan (Mudharabah).

10. Bolehkah saya membuat sebarang pengeluaran di sepanjang tempoh penyertaan?

YA, anda boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa