Kad Perubatan SmartMedic 200 MAA Takaful

Pelan Perubatan yang Lengkap dan Sempurna untuk Keperluan Anda...

Visual Kad Perubatan SmartMedic 200 MAA Takaful
Kita perlu sentiasa mengambil berat tentang kepentingan kesihatan bukan sahaja untuk diri sendiri malah orang-orang yang kita sayangi. Kita perlu memastikan bahawa kita memperoleh jaminan untuk pulih dengan pantas sekiranya menerima rawatan perubatan dan kemasukan hospital tanpa menimbulkan sebarang tekanan kewangan dan emosi terhadap diri sendiri serta keluarga yang tersayang.
Bayangkan jika anda mempunyai satu pelan perubatan yang menyediakan kemudahan kemasukan hospital serta membantu anda menjelaskan bil-bil perubatan anda sejurus keluar dari hospital panel kami. Inilah segala-galanya mengenai SmartMedic 200. SmartMedic 200 menawarkan anda segala kemudahan dan manfaat perlindungan perubatan yang lengkap dan berpatutan serta memastikan anda dan keluarga tersayang sentiasa dilindungi, di mana sahaja anda berada.


Adakah Anda Berkemampuan Sekiranya Jatuh Sakit Pada Masa Kini?

Kemajuan dalam teknologi perubatan yang berkait rapat dengan kemunculan penyakit-penyakit berbahaya masa kini perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Kadar inflasi perubatan sedunia telah dianggarkan kira-kira 10%* setiap tahun. Di Malaysia, kadar inflasi perubatan dianggarkan sebanyak 15%. Lebih 36,000** rakyat negara ini menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan.
(Sumber : The Star*, 14 Mac 2009 & Utusan Malaysia**, 20 September 2011)

Ditambah pula dengan kos sara hidup dan pendidikan anak-anak yang semakin meningkat, anda dan orang tersayang mungkin terpaksa menanggung kesempitan kewangan jika anda tidak merancang perbelanjaan hospital dari sekarang. Hakikatnya ialah, sesuatu pembedahan yang langsung tidak dijangka dan tidak dapat dielakkan sama sekali kadangkala boleh melenyapkan keseluruhan simpanan anda. 
SmartMedic 200 ialah satu kad perubatan tanpa bayaran tunai| yang memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan komprehensif dan berkualiti apabila anda benar-benar memerlukannya..

Kenapa perlu memilih SmartMedic 200?
 
SmartMedic 200 menyediakan perlindungan yang tidak ternilai dan pembaharuan yang dijamin sehingga umur 80 tahun. Ia juga menjamin perlindungan yang berpanjangan apabila anda memperbaharui perlindungan anda dengan tidak mengambil kira had seumur hidup! Di samping itu, SmartMedic 200 juga menyediakan manfaat Khairat Kematian sebanyak RM5,000, yang mana akan dibayar sekira berlakunya kematian atas apa jua sebab.

SmartMedic 200 bekerjasama dengan sebuah ‘Organisasi Pengurusan Penjagaan’ (MCO) yang menyediakan anda dengan kemudahan bantuan 24 jam bagi:
•  Kemasukan ke Hospital
•  Penyelesaian terus terhadap bil-bil hospital sejurus selepas keluar dari hospital|

Nota:
|Tertakluk kepada kelayakan dan manfaat had pelan. Sila rujuk kepada jadual manfaat.


Bagaimana SmartMedic 200 Memberi Manfaat Kepada Anda…
 
1.  Nikmati Manfaat Seumur Hidup Tanpa Had
Dengan SmartMedic 200, anda tidak perlu risau dengan had seumur hidup yang tinggal. Kami menawarkan anda manfaat seumur hidup TANPA had yang membolehkan anda sentiasa mendapatkan rawatan perkhidmatan dan perubatan yang berkualiti. 

2.  5 Pilihan Pelan Takaful Perubatan Yang Komprehensif

Dengan SmartMedic 200, anda diberi pilihan sebanyak 5 pelan. Anda hanya perlu memilih pelan yang paling sesuai dan komprehensif buat diri anda, dan kami akan menjaga keperluan anda dengan sewajarnya.

3.  Nikmati Manfaat Bilik & Penginapan Hospital Yang Tinggi
Dengan SmartMedic 200, anda berkelayakan untuk menikmati bilik & penginapan hospital harian sehingga RM1,000 tertakluk kepada pelan yang dipilih.

4.  Manfaat Khairat Kematian
Kami menyediakan Manfaat Khairat Kematian sebanyak RM5,000 yang mana ianya akan dibayar apabila berlakunya kematian atas apa jua sebab.

5.  Nikmati Perlindungan di Seluruh Dunia
Dengan SmartMedic 200, anda boleh melancong dengan penuh ketenangan kerana anda telah sedia maklum bahawa anda akan dilindungi di mana-mana sahaja di serata dunia. Selain itu perkhidmatan-perkhidmatan tambahan lain yang disediakan seperti berikut:

•  Program Bantuan Antarabangsa

Pemindahan perubatan kecemasan, penyeliaan penghantaran balik dari segi perubatan, penghantaran ubatan yang tidak boleh didapati di pasaran tempatan, penghantaran balik mayat, kepulangan anak-anak tanggungan, 24
jam khidmat bantuan untuk rujukan perubatan dan sebagainya. 

•  Bantuan Perjalanan
#
Menyediakan maklumat berkaitan inokulasi, keperluan visa, bantuan penemuan kehilangan bagasi, dokumen dan barang-barang persendirian, maklumat cuaca, maklumat pertukaran asing, aturan dan informasi penerbangan, rujukan perundangan, rujukan penterjemah dan penyampaian mesej kecemasan.

•  Bantuan Kereta
Penundaan kecemasan 24 jam dan pembaikan kecil di tepi jalan, bantuan kereta sewa, bantuan urusan penginapan hotel dan rujukan kepada pusat-pusat perkhidmatan yang lain. 

•  Bantuan Kediaman#
Perkhidmatan membaiki paip, tukang cuci, pembaikan am dan kawalan serangga perosak.

Nota:
#Khidmat rujukan sahaja. Apa-apa perbelanjaan dan/atau tanggungan akan ditanggung oleh pemilik sijil. Segala khidmat bantuan disediakan oleh pihak ketiga dan penyambungan khidmat bantuan tersebut adalah tertakluk kepada perjanjian antara MAA Takaful Berhad dan pengendali khidmat bantuan.

Kelayakan
 
Orang Yang Dilindungi: Sesiapa sahaja yang berumur antara 30 hari sehingga 59 tahun.
Peserta/Pemohon: Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Model Wakalah
 
MAA Takaful Berhad beroperasi di bawah prinsip Wakalah, di mana Pengendali Takaful selaku agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan terlebih dahulu daripada caruman yang telah dibayar. Baki caruman akan akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) sebagai Tabarru’ (menderma), di mana ia akan digunakan untuk memberi bantuan bagi kegunaan bersama antara peserta berdasarkan konsep Takaful. Manfaat hanya akan dibayar dari PRIA bagi kerugian yang dilindungi dan bukan semasa sijil matang atau sijil telah tamat. Lebihan (jika ada) pada setiap akhir tahun kewangan akan dikongsi antara Peserta dan MAA Takaful Berhad mengikut nisbah 50:50 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah. Jika baki di dalam PRIA tidak mencukupi untuk membayar manfaat Takaful kepada Peserta-Peserta, Kami akan menampung kekurangan di dalam PRIA di bawah prinsip pinjaman kebajikan (Qardhul Hasan). Sekiranya terdapat lebihan pada akhir tahun kewangan akan datang, pembayaran balik pinjaman akan diutamakan terlebih dahulu sebelum pengagihan lebihan dibuat. 





SOALAN-SOALAN LAZIM
 


Adakah saya layak untuk menyertai pelan ini?
 
Sesiapa yang berusia 30 hari hingga 59 tahun layak dilindungi oleh pelan ini dengan syarat bahawa Orang Yang Dicadangkan Untuk Dilindungi mampu untuk memenuhi keperluan pengunderaitan MAA Takaful.


 

Apakah pilihan-pilihan yang ada?
 
Anda diberi pilihan sama ada untuk memiliki SmartMedic 200 ‘standalone’ atau SmartMedic 200 ‘rider’. SmartMedic 200 ‘standalone’ menyediakan manfaat-manfaat seperti yang dinyatakan di sini manakala SmartMedic 200 ‘rider’ merupakan manfaat tambahan yang boleh disertakan dengan mana-mana Pelan Takafulink Series. 




Berapa banyakkah jumlah caruman yang perlu dibayar?

Jumlah caruman  berdasarkan umur, jantina dan pelan perubatan yang dipilih oleh Orang Yang Dilindungi dan caruman perlu dibayar sehingga umur 79 tahun. Anda diberi fleksibiliti untuk membayar caruman secara bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan. Sila rujuk kepada Jadual Caruman.



Apakah yang berlaku jika saya gagal membuat bayaran caruman saya?

Anda akan diberi tempoh ihsan selama 31 hari dari tarikh akhir caruman dan jika caruman masih lagi tidak dijelaskan pada penghujung tempoh penangguhan, sijil ini akan luput.





Bagaimana cara saya boleh mengemukakan tuntutan?


SmartMedic 200 ialah satu kad perubatan tanpa* bayaran tunai yang mana anda tidak perlu bimbang untuk menyediakan dan membuat tuntutan kerana semua perbelanjaan di bawah SmartMedic 200 akan dibayar terus kepada hospital.


Walaubagaimanapun, anda perlu membayar segala bil dan caj yang dikenakan terlebih dahulu dan membuat tuntutan bayaran balik kemudian sekiranya anda telah dimasukkan ke dalam bukan hospital panel kami atau kelayakan tanpa bayaran tunai tidak diberi kerana penyiasatan terhadap kes anda perlu dilakukan.


Sila hantarkan Borang Pembayaran Balik (boleh didapati di laman web MAA Takaful) bersama-sama dengan bil dan resit asal kepada MAA Takaful Berhad atau menghantar terus kepada MCO bagi memproses tuntutan tersebut dengan sewajarnya.


*Tertakluk kepada terma dan syarat seperti dinyatakan di dalam  Sijil Takaful.
 


Siapakah yang perlu saya hubungi sekiranya saya berminat untuk menyertai pelan SmartMedic 200 ini?

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi saya di talian 6019-7500021 atau emel saya di shahrulzam21@gmail.com. Saya akan memberi pandangan dan nasihat mengenai pelan yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan anda. Anda juga boleh berhubung dengan wakil MAA Takaful yang berdekatan dengan anda.



NOTA-NOTA PENTING 

1.  Artikel ini memberi ringkasan ciri-ciri utama produk dan tidak membentuk Sijil Takaful. Artikel ini diterbitkan untuk pemberian maklumat sahaja dan tidak memberi perhatian yang khusus kepada objektif kewangan, keadaan dan
keperluan mana-mana orang tertentu. Sila rujuk kepada Sijil Takaful anda untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat yang sebenar.


2.  Anda diberi tempoh ihsan 31 hari dari tarikh yang perlu dibayar bagi pembayaran caruman berikutnya. Jika caruman masih belum dibayar pada akhir tempoh ihsan ini, sijil akan luput.


3.  Pelan Takaful tidak akan memberikan jumlah manfaat dari Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) atas penamatan Sijil Takaful atau Sijil Takaful telah mencapai tarikh luput.

4.  Jika anda ingin menyerahkan Sijil Takaful anda, kami akan memulangkan peratusan tertentu terhadap caruman yang telah dibayar mengikut terma dan syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.


5.  Anda harus memastikan bahawa pelan ini merupakan pelan terbaik untuk memenuhi keperluan anda dan caruman yang dibayar adalah jumlah caruman yang mampu anda bayar.


6.  Semasa Tempoh Menunggu, Orang Yang Dilindungi tidak akan mendapat sebarang perlindungan bagi hilang upaya perubatan yang berlaku atau tuntuntan yang dibuat dalam tempoh tersebut. Tempoh Menunggu bagi Manfaat Hospital & Pembedahan ialah:


i. 30 hari dari Tarikh Permulaan Kontrak atau Tarikh Penguatkuasaan Semula; atau
ii. 120 hari dari Tarikh Permulaan Kontrak atau Tarikh Penguatkuasaan Semula bagi Penyakit- Penyakit Tertentu.


 Tempoh Menunggu tidak terpakai untuk tuntutan-tuntutan yang dibuat akibat Kemalangan.


7.  Untuk SmartMedic 200, anda layak untuk pelepasan cukai perubatan berkenaan caruman anda sehingga RM3, 000 setahun. Pelepasan cukai adalah tertakluk kepada terma dan syarat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan tertakluk kepada perubahan.


8.  Jumlah caruman sebenar anda bergantung kepada umur, jantina, jenis pelan, status kesihatan dan kelas pekerjaan.


9.  Penting bagi anda untuk memberikan maklumat yang tepat serta mencukupi untuk membolehkan kami memberi nasihat kepada anda mengenai kesesuaian pelan SmartMedic 200, dengan mengambil kira kesesuaian produk ini terhadap keperluan diri anda. 


10.  Anda mesti memberitahu MAA Takaful Berhad atas apa-apa perubahan dalam aktiviti pekerjaan, aktiviti sambilan atau aktiviti sukan anda kerana ia boleh menjejaskan sumbangan, terma, syarat dan manfaat.


11.  Anda perlu terus membayar caruman secara berkala sehingga tamat tempoh pelan anda untuk memastikan bahawa anda sentiasa dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap masa. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan perlindungan anda tamat lebih awal.


12.  Pembaharuan bagi pelan SmartMedic 200 ini adalah dijamin dengan caruman yang berbeza-beza semasa tempoh pembaharuan mengikut umur dicapai. MAA Takaful Berhad berhak untuk menyemak semula kadar caruman dan/atau Tabarru 'dengan memberi notis awal selama 90-hari. Sebarang perubahan dalam kadar caruman dan manfaat hanya akan berkuat kuasa pada ulang tahun sijil berikutnya.


13.  Bagi tuntutan-tuntutan yang dikemukakan di bawah umur juvana, iaitu berumur antara 30 hari sehingga 15 tahun, ko-takaful akan dikenakan. Peserta dikehendaki membayar 10% daripada kos manfaat yang layak, tertakluk kepada minimum ko-takaful sebanyak RM300 dan maksimum ko-takaful sebanyak RM1,000. Baki daripada kos manfaat yang layak akan dibayar oleh MAA Takaful Berhad sehingga Had Tahunan Keseluruhan.


14.  Orang Yang Dilindungi hendaklah menanggung 10% ko-pembayaran daripada jumlah manfaat lain jika Orang Yang Dilindungi dimasukkan ke dalam hospital padar kadar Bilik & Penginapan yang lebih tinggi daripada manfaat kelayakan seperti yang dinyatakan dalam jadual manfaat bagi setiap tuntutan.


15.  Jumlah manfaat yang dibayar dalam satu tahun tidak boleh melebihi Had Tahunan Keseluruhan



PENGECUALIAN-PENGECUALIAN

Sebarang kecederaan/kesakitan berpunca daripada perkara-perkara seperti berikut:
•  Penyakit sedia ada
•  Penyakit tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan yang berterusan
•  Sesiapa sahaja yang menetap di luar Negara lebih daripada 90 hari berturut-turut, yang mana sijil masih lagi aktif.
•  Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan.
•  Kecederaan diri-sendiri dan perbuatan yang menyalahi undang-undang
•  Peperangan, mogok dan rusuhan
•  Sebarang operasi kegiatan ketenteraan atau bersenjata
•  Kehamilan, Keguguran kandungan atau kelahiran anak
•  Gangguan mental atau saraf
•  Penyalahgunaan alkohol dan dadah atau yang berkaitan dengannya.
•  Pembedahan kosmetik, elektif atau plastic, ataupun keabnormalan atau kecacatan kongenital
•  Rawatan pergigian kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan
•  Pemeriksaan rutin kesihatan dan apa-apa pemeriksaan yang tak melibatkan kemasukan ke hospital
•  Rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan
•  Pembelanjaan perubatan yang ditanggung oleh mana-mana badan/organisasi atau program perubatan dari mana-mana
syarikat insurans dan Takaful.
•  Penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, kemabukan, pensterilan, penyakit venereal dan sekuelnya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang 


Nota:
Pengecualian di atas tidak menyeluruh and segala bentuk rujukan hendaklah dirujuk kepada klausa pengecualian di dalam sijil kontrak. 

0 komen: