MAA Takaful


We Are Specialised In:
  • Children's Education Plan
  • Replacement Of Family Income Plan
  • Retirement Plan
  • Special Protection Plan For Wanita
  • Medical & Hospitalization Plan
  • Saving & Investment Plan 
  • Haj & Umrah Saving Plan
  • Hibah Harta (Asset Distribution)
MAA Takaful Berhad adalah hasil daripada usahasama yang strategik di antara MAA Holdings Berhad (MAAH) dan Solidarity Company BSC (C) dari Bahrain, iaitu salah satu syarikat takaful yang terbesar di dunia Arab.

Pada 21 Februari 2006, satu Perjanjian Usahasama telah ditandatangani bersama Solidarity, bagi membentuk syarikat usahasama yang dikenali sebagai MAA Takaful untuk menjalankan perniagaan takaful.

Pada 3 Mac 2006, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menganugerahkan lesen Pengendali Takaful untuk syarikat usahasama di antara MAA Holdings dan Solidarity dari Bahrain. Pada 2 Mei 2006, MAA Takaful telah ditubuhkan dengan modal berbayar sebanyak RM100 juta and seterusnya pada 1 Julai 2007, MAA Takaful telah dianugerahkan lesen untuk beroperasi sebagai Pengendali Takaful Komposit. Hari ini, MAA Takaful mempunyai kekuatan agensi melebihi 12,000.

MAAH memegang 75% pegangan ekuiti di MAA Takaful Berhad, sementara itu Solidarity memegang 25% pegangan ekuiti.

MAAH disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Berhad. Anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutunya terlibat dalam perniagaan insurans am dan insurans hayat, termasuklah perniagaan persisir pantai dan reinsurans, perniagaan jual beli, pajak gadai dan kemudahan kredit yang lain, unit amanah, pengurusan hartanah, pengurusan dana dan perunding pelaburan, keselamatan and perkhidmatan perundingan dan juga pusat dialysis amal. Saban tahun, MAAH telah mengembangkan operasinya ke Indonesia, Filipina dan Thailand melalui MAA International Assurance Ltd., salah satu syarikat insurans persisir pantai dalam kumpulan MAAH.

Kenapa MAA Takaful menjadi pilihan?

MAA Takaful telah berkembang daripada perolehan yang yang agak rendah iaitu hanya RM27 juta pada 2008 kepada pertumbuhan rekod baru iaitu melebihi RM250 juta perolehan pada tahun 2010. Pertumbuhan sebanyak 1,000% dalam 3 tahun.

Seperti yang dilaporkan oleh ISM (Insurance Services Malaysia Berhad). Kami adalah tempat Pertama dari segi perniagaan baru bagi Asas Premium Biasa (Basic Regular Premium) produk Berkaitan Pelaburan pada tahun 2010.

Juga seperti yang telah dilaporkan oleh ISM. Kami adalah tempat Pertama dari segi perniagaan baru bagi produk Perubatan (Medical) pada tahun 2010.

Produk kami, MAA Takafulink, telah memenangi anugerah KLIFF untuk "Most Outstanding Takaful Product" pada tahun 2009, 2010 & 2011 - Only The Best Wins HATRICK!!

MAA Takafulink adalah produk Premium Berkaitan Pelaburan Biasa yang PERTAMA mengisytiharkan perkongsian lebihan pada tahun 2009. Dan, juga telah mengisytiharkan perkongsian lebihan pada tahun 2010.

Berdasarkan kepada laporan Lipper & CIMB Principal, semua dana Takafulink Berkaitan Pelaburan kami iaitu (Dana Pertumbuhan, Baki & Pendapatan) menduduki tempat Pertama pada tahun 2010.

Kami adalah Syarikat Takaful PERTAMA yang mempunyai Pelaburan Berkaitan "Flexi Fund".

Kami adalah Syarikat Takaful PERTAMA yang menawarkan perlindungan untuk 46 Penyakit Kritikal.

Sementara pengendali takaful yang lain menghasilkan kerugian dalam 5-8 tahun pertama operasi mereka, MAA Takaful adalah syarikat yang PERTAMA dan satu-satunya, yang telah menjana keuntungan, dari tahun KEDUA operasi iaitu pada tahun 2009.

MAA Takaful adalah syarikat yang PERTAMA, bukan sahaja untuk membuat keuntungan dalam tahun ketiga operasi pada tahun 2010. Tetapi, ia adalah syarikat yang PERTAMA dan satu-satunya yang membuat keuntungan dengan tiada kerugian dibawa ke hadapan.

MAA Takaful adalah syarikat Takaful PERTAMA di Dunia yang mempunyai program latihan agensi komprehensif yang Bertaraf Dunia - dibangunkan bersama-sama dengan LIMRA USA dan CERT.

Portal agensi kami, iaitu MAA Innovative Consultant Management System (ICMS) adalah yang PERTAMA dan satu-satunya di Malaysia yang dianugerahkan sebagai sistem terbaik oleh FIAA, dan sudah pastinya sangat membantu agen-agen MAA Takaful

MAA Takaful telah memperkenalkan ruangan layan diri kepada para pemegang polisinya untuk memudahkan pelanggan menyemak hal-hal berkenaan pembayaran premium, nilaian tunai (cash value), status polisi dan sebagainya. Ini adalah satu inisiatif yang baik dari MAA Takaful untuk lebih telus kepada para pelanggannya.

PRODUK TAKAFUL TERBAIK 2009, 2010 & 2011
 Hanya yang terbaik menang TIGA kali berturut-turut!!!