Beli kereta baru atau kereta terpakai?

Nukilan kali ini adalah berdasarkan video yang dimuatnaik oleh seorang penulis kewangan Amerika, Dave Ramsey. Anda boleh lihat video yang dihasilkannya di sini. Saya mengulangnya semula dalam bentuk penulisan dan mentafsirkan penyampaiannya dalam bahasa Melayu dengan sedikit pengubahsuaian =)

Apa yang ingin disampaikan di sini adalah, untungnya orang yang bersabar dan tidak membuat sebarang pinjaman bagi membeli kereta. Bagi yang ingin tahu pengiraan bagi membeli sebuah kereta baru, anda boleh baca penulisan saya di sini.


Daripada contoh pengiraan kereta baru tersebut, kita gunakannya untuk perkiraan bagi sebuah kereta terpakai. Jika di Malaysia, selepas setahun anda menyimpan RM 630 sebulan, anda boleh membeli sebuah kereta terpakai yang berharga RM 7560 secara tunai. Kancil? Saga? Honda? Memang anda boleh beli secara tunai, cumanya anda perlulah bersabar sedikit kerana anda tidak dapat bergaya dengan kereta baru yang canggih. Takpe...kita tunggu je nanti ;-)

Wang yang anda simpan selama setahun dah digunakan untuk beli kereta, tapi anda kena teruskan menyimpan RM 630 sebulan untuk matlamat seterusnya. Selepas setahun nanti, akan ada RM 7560 lagi dalam akaun simpanan anda. Ketika itu, anda boleh jual kereta anda dan beli sebuah lagi kereta terpakai secara tunai.

Katakan selepas setahun, nilai kereta yang anda beli dengan harga RM 7560 mengalami susut nilai sebanyak 20%. Jadi, harganya sudah menjadi RM 6048. Dengan duit simpanan yang anda ada sebanyak RM 7560, anda boleh membeli kereta terpakai baru yang berharga RM 13608 selepas anda menjual kereta lama anda.

Dengan RM 13608 anda dapat membeli sebuah kereta terpakai yang agak selesa seperti Viva, Kelisa, Wira bahkan kereta import juga anda mampu beli (jika ada yang menjual dengan harga tersebut). Sementara itu, simpanan bulanan RM 630 anda teruskan seolah-olah anda membayar ansuran kereta tersebut.

Sekarang, pada tahun ke-2, anda sudah memiliki sebuah kereta yang dibeli secara tunai pada harga RM 13608. Anda juga membuat simpanan berterusan sebanyak RM630 sebulan di tempat yang memberikan pulangan 10% setahun (kadar pulangan unit amanah di Malaysia adalah lebih daripada 10% ye).


Pada tahun ke-7, simpanan yang anda buat telah menjadi sebanyak RM 47404 dan nilai semasa kereta anda adalah RM 4000 (kejatuhan kira-kira 70%). Anda keluarkan RM 17000 daripada tabungan anda dan menjual kereta anda untuk membeli kereta yang lain yang berharga RM 21000. Ketika ini, anda sudah berhenti menyimpan.

Lima tahun kemudian, nilai simpanan anda sudah menjadi RM 44080 dan nilai semasa kereta anda menjadi RM 7350. Katakan anda biarkan sahaja duit anda, berikut adalah anggaran simpanan anda mengikut tahun bermula daripada anda ingin membeli kereta :
Tahun Simpanan
1 7570
2 8330
7 47404
12 44673
20 82687
30 178515
40 385400

Berapa modal yang anda keluarkan?
  • RM 630 sebulan X 7 tahun = RM 52920

Apa yang anda dapat?
  • Beli kereta secara TUNAI pada tahun pertama
  • Tukar kereta pada tahun kedua (belian tunai lagi)
  • Tukar kereta lagi pada tahun ketujuh (juga belian secara tunai lagi)
  • Hanya perlu menyimpan selama tujuh tahun untuk mendapat RM 385400 pada tahun ke 40.
Jika dibandingkan dengan bayaran bulanan sebanyak RM 635 selama 9 tahun untuk memiliki kereta baru seperti ini, selepas 9 tahun, tiada simpanan dalam akaun anda. Bahkan anda membayar lebih banyak lagi wang kepada pemberi pinjaman anda. 

Bayangkan, hidup tanpa dibayangi hutang kereta, dan anda merasa untuk memiliki kereta yang berlainan. Itulah yang akan anda dapat hasil daripada kesabaran dan disiplin kewangan anda.

Pilihan di tangan anda! Rancang Harta anda sebaiknya!




Reactions:

1 komen:

Ridz Ayeop said...

Nanti nak cari tayar lain kali, cuba website https://mytayar.com

Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang, Johor Bharu, Ipoh, Seremban dan Pulau Pinang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.