Cara terbaik nak cukupkan duit

Salam Jumaat.

Sudahkah anda memperuntukkan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda untuk menyimpan? Jika belum, anda tidak mempunyai perancangan kewangan seperti yang disarankan oleh pakar-pakar kewangan di seluruh dunia.


Sekiranya anda beranggapan bahawa pendapatan dan perbelanjaan anda setiap bulan adalah sama banyak dan anda tidak berpeluang untuk menyimpan, anda sememangnya silap. Ada banyak faktor yang perlu diambil kira sekiranya anda masih tidak mahu mula menyimpan.

Antara faktor yang perlu dititik beratkan adalah - risiko tak terjangka, yang bila-bila sahaja boleh terjadi dan melibatkan perbelanjaan tambahan. Sekiranya berlaku perkara tersebut, sudah pasti anda akan sedaya upaya mendapatkan dana bagi menampung perbelanjaan untuk risiko tersebut.

Sekiranya anda mendisiplinkan diri dengan menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda untuk kegunaan anda di masa hadapan bermula daripada sekarang, tabiat ini pasti akan membantu anda ketika waktu memerlukan nanti. Tetapi jika anda tidak bermula sekarang dan merasa sukar, kehidupan anda masih belum ada lagi rangka untuk perubahan.

Jika melihat kepada keadaan semasa anda yang tidak menyimpan, pendapatan anda dan juga status kewangan anda tetap tidak akan berubah hatta berlakunya kenaikan gaji sekalipun. Ini kerana, tabiat menyimpan masih lagi tiada dalam diri dan menyebabkan berlakunya perbelanjaan yang sama dengan pendapatan sehinggalah tabiat anda berubah.

Andai diperhatikan, anda menyimpan dengan tidak menyimpan, keadaan anda setiap bulan tetap sama! Masih lagi kekurangan wang! Jadi, lebih baik anda mula menyimpan daripada sekarang. Kerana ianya membawa manfaat kepada anda di masa akan datang.

Reactions:

0 komen: