Berakhirnya satu pengajaran

Jerebu yang melanda negara beberapa hari lepas kini semakin susut dan melegakan ramai. Ketidakselesaan semasa dihurung asap dan juga debu-debu menyebabkan ramai yang meluahkan rasa terseksa di laman-laman sosial mahupun di warung kopi. Tetapi kita jangan lupa, bahawa setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. "Hasil" daripada jerebu juga menyebabkan pekedai-pekedai makanan mengalami kesusutan pelanggan, penjual-penjual topeng muka pula mengalami peningkatan jualan.
Apa yang boleh kita lihat disini adalah, keperluan untuk melindungi diri dalam keterpaksaan. Asap jerebu yang menyesakkan nafas, memedihkan mata dan memeritkan tekak telah menyebabkan kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng muka sebagai alat perlindungan. Sekiranya tiada jerebu berlaku, mana mungkin kita akan memakai topeng muka tersebut. Maka, apabila jerebu akan timbullah keperluan untuk memakainya. Kalau topeng tersebut tiada dalam simpanan, maka terpaksalah kita pergi membelinya. 

Begitu juga boleh diibaratkan dengan keperluan takaful sebagai alat perlindungan. Pada masa tiadanya jerebu, maka tiada keperluan topeng dan samalah dengan takaful. Mungkin sekarang masih ada yang tidak nampak keperluan takaful kerana belum terkena dan tidak melaluinya. Benarlah seperti apa yang dikata, pengalaman adalah guru terbaik dalam hidup. Jom kita fikir!

Reactions:

0 komen: