Nilai penghargaan diri anda

Sudah agak lama tidak mencoretkan sesuatu untuk dikongsi bersama semua. Hari ini tergerak untuk berkongsi cerita berdasarkan perbualan dengan seorang pelanggan yang baru sahaja mengambil polisi hayat untuk keluarganya. Polisi yang beliau ambil tidaklah terlalu mahal atau tinggi nilai perlindungan, tetapi cukup untuk memberikan bantuan apabila masa yang tidak diingini itu terjadi. 

Antara perkongsian kami... sekarang ni ramai diantara kita tidak lokek untuk berbelanja membeli barangan yang kononnya 'trend' semasa hinggakan ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit setiap 3 atau 4 bulan ataupun lebih kerap dari itu. Yelah kan..gajet-gajet terkini terlalu banyak diperkenalkan seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Malangnya, dalam pada sibuk untuk memiliki gajet-gajet moden yang berharga ribuan ringgit, mereka terlupa untuk memiliki satu aset penting untuk diri mereka sendiri iaitu perlindungan takaful. Cuba anda fikirkan, kita mampu beli sebuah telefon pintar dengan harga sekitar RM2000 tetapi tidak mampu untuk memiliki polisi perlindungan takaful walau dengan caruman RM1200 setahun! Kemudian, setiap tahun atau tidak hampir setahun sudah berbelanja lebih daripada RM2000 lagi untuk memiliki gajet terbaru!

Mana agaknya lebih utama ye..kena ingat..beli gajet pintar macam mana sekalipun, ianya takkan dapat memberikan perlindungan seperti mana yang takaful berikan apabila anda benar-benar memerlukan. Tak rugi kalau kita fikirkan :-)


Reactions:

0 komen: