Khas untuk wanita..kami beri RM100 setahun

MAA Takafulink Wanita merupakan satu pelan perlindungan KHAS UNTUK WANITA untuk memberi perlindungan secara komprehensif terhadap kaum wanita. Pelan ini merangkumi;
  • Perlindungan Asas Kematian
  • Hilang Upaya Kekal Keseluruhan
  • Perlindungan 46 Penyakit Kritikal
  • Perlindungan penyakit-penyakit khas wanita
  • Perlindungan kehamilan
Takafulink Wanita telah dipakej bersama dengan tiga manfaat tambahan iaitu Perlindungan Penyakit Wanita (MTWI), Perlindungan Kehamilan Wanita (MTMP) dan Perlindungan Golden Wanita (MTGW).

Pelan ini juga didatangkan bersama kad perubatan yang memberi kemudahan rawatan terbaik di hospital-hospital swasta terpilih di seluruh negara.

Manfaat  Pelan Takaful Wanita:

Perlindungan penyakit-penyakit wanita

Pelan Takaful Wanita adalah satu pelan perlindungan lengkap yang KHAS untuk penyakit-penyakit berkaitan wanita yang mana sebahagiannya tidak dilindungi oleh manfaat perlindungan 46 penyakit kritikal. Sejumlah  manfaat  kewangan  akan  diberikan  bagi  tujuan pembiayaan perubatan dan tujuan-tujuan berkaitan. Manfaat ini memberikan perlindungan penyakit-penyakit berikut:
  1. Kanser Wanita (Payu dara, uteri serviks,  tiub fallopio, ovary, uterus, vagina/vulva)
  2. Carcinoma-in-situ (Payu dara dan Uteri Serviks))
  3. Systemic Lupus Erythematosus  (SLE) dengan Lupus Nephritis
  4. High  Grade  Squamous  Intraepithelial  Lesion  (HSIL)dengan Severe Dysplasia
  5. Fibroid
  6. Ovarian Cyst
  7. Pembedahan  Reconstructive  Muka  Akibat Kemalangan
  8. Pembedahan  Reconstructive  Payu  Dara  Akibat Kemalangan
  9. Pembedahan  Reconstructive  Payu  Dara  Akibat Kanser
  10. Pembedahan Kulit Akibat Kebakaran
  11. Pembedahan Kulit Akibat Kanser Kulit
  12. Keretakan Tulang Akibat Osteoporosis
  13. Rheumatoid Arthritis dengan komplikasi
Perlindungan Kehamilan
Pelan  Takaful  Wanita  memberi  perlindungan  kehamilan akibat  dari  komplikasi  dan  juga  memberi  perlindungan kepada  bayi  dari  penyakit  berkaitan  konginetal.  Sejumlah manfaat  kewangan  akan  diberikan  bagi  tujuan  pembiayaan perubatan  dan  tujuan-tujuan  berkaitan.  Senarai  komplikasi kehamilan yang dilindungi adalah seperti berikut:
  • Penyebaran penggumpalan intravascular
  • Kehamilan ektopik
  • Kandungan molar
  • Kematian “stillbirth”
  • Kematian “neonatal”
  • Eclampsia

Senarai  penyakit  kongenital  bayi  yang  dilindungi  adalah seperti berikut:
  • Sindrom Down
  • Spina Bifida
  • Tetralogi Fallot
  • Transposisi pembuluh utama
  • Kecacatan Atrium Septum
  • Kecacatan Ventricular Septum

Elaun Khas

  • Elaun  kelahiran  bayi  sehingga RM500.00 akan  diberikan  bagi  setiap kelahiran bayi kepada peserta dengan maksimum tiga kelahiran sepanjang tempoh polisi.
  • Peserta akan diberikan elaun hospital khas sebanyak RM200 sehari dengan  tujuh hari  jumlah maksima  jika berada  di  wad  hospital  akibat  dari  komplikasi kehamilan.
  • Peserta  boleh  membuat  tuntutan  sebanyak  RM100 setahun  bagi  tujuan  pemeriksaan  kesihatan  wanita seperti  ujian  Darah,  Pap  Smear,  Mammogram, Abdomen/Pelvis dan Ultrasound.

Perlindungan Usia Emas
Usia  emas  sering  dikaitkan  dengan  ketidakupayaan  untuk melakukan kehidupan seharian seperti biasa. Justeru, pelan Takaful Wanita  akan  memberi  perlindungan  dalam  bentuk pampasan  kewangan  jika  berlakunya  hilang  keupayaan berpanjangan  (minimum  6  bulan)  untuk  melakukan sekurang-kurangnya  tiga  (3)  daripada  aktiviti-aktiviti seharian berikut:
  • Duduk  dan  bangun  dari  kerusi  tanpa  memerlukan bantuan fizikal.
  • Keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik  lain tanpa memerlukan bantuan fizikal.
  • Keupayaan  mengawal  fungsi  dubur  dan  pundi kencing untuk menjaga kebersihan peribadi
  • Memakai  dan  menanggalkan  segala  pakaian  yang perlu tanpa memerlukan bantuan daripada orang lain.
  • Keupayaan  membersihkan  diri  dalam  bilik  air  atau bilik  mandi  atau  sebarang  cara  lain  membersihkan diri.
  • Semua  proses  memasukkan  makanan  ke  dalam badan apabila ia telah disediakan.

Elaun Harian Hospital

Jika peserta dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta, peserta akan menerima elaun harian bersamaan jumlah hari kemasukan hospital.


Pengecualian Caruman

Jika penyimpan telah disahkan oleh pengamal perubatan bertauliah menghidap salah satu dari 46 penyakit kritikal, caruman bulanan peserta akan diambil alih oleh syarikat MAA Takaful dan simpanan akan diteruskan tanpa gagal sehingga peserta meninggal dunia atau berumur 80 tahun, yang mana lebih dahulu. Manfaat ini hanya terpakai kepada manfaat polisi asas sahaja.

Kad Perubatan MAA Takaful SmartMedic 100

MAA Takafulink Wanita juga disertakan bersama kad perubatan yang akan memberikan kemudahan rawatan tanpa tunai di hospital-hospital panel MAA Takaful seluruh Malaysia.

Khairat Kematian

MAA Takafulink menyediakan khairat kematian sebanyak RM5000 yang mana sejumlah RM2000.00 akan diserahkan dalam tempoh 24 jam kepada waris bagi tujuan pengkebumian dan bakinya akan diserahkan kemudian bagi tujuan-tujuan lain berkaitan si mati.

Manfaat Simpanan

Di samping memperoleh perlindungan melalui pelan ini, peserta juga akan menikmati manfaat simpanan yang akan dilaburkan ke dana-dana syariah terpilih bagi memaksimumkan nilai simpanan.

Manfaat Berganda

Walaupun peserta atau waris telah menerima wang hasil dari manfaat pampasan kematian atau hilang upaya kekal, wang simpanan masih lagi akan dibahagikan kepada waris/penyimpan. Ini bermakna penyimpan akan mendapat manfaat berganda hasil dari satu pelan simpanan sahaja.

Pengecualian Cukai

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat dua jenis pengecualian cukai iaitu cukai insurans hayat dan juga insurans perubatan.

Reactions:

0 komen: