Takafulink Hajj - Pelaburan Untuk Hidup Anda Di Dunia Dan Di Akhirat

Takafulink Hajj adalah Pelan Caruman Lazim Takaful Keluarga berkaitan pelaburan yang berakhir pada umur Orang Yang Dilindungi - 80 tahun. Produk ini adalah produk unik yang menawarkan manfaat perlindungan dan juga manfaat pelaburan.Sebahagian daripada jumlah caruman anda diperuntukkan untuk membeli unit di mana-mana Dana Shariah MAA Takaful mengikut dana pilihan anda.


Takafulink Hajj telah dipakej bersama dengan dua manfaat tambahan iaitu Perlindungan Khusus (MTKP) dan Perlindungan Ziarah (MTZP). Nilai Sijil MAA Takafulink Hajj adalah tertakluk kepada harga unit yang disandarkan, dimana ia adalah tertakluk kepada prestasi Dana Shariah MAA Takaful yang telah dipilih oleh anda.


Mengapa TAKAFULINK HAJJ pilihan IDEAL anda

  • Pelan ini memberikan anda Manfaat Kematian & Kehilangan Upaya Keseluruhan dan Kekal yang dijamin.Sekiranya berlaku Kematian & Kehilangan Upaya Keseluruhan dan Kekal, Jumlah Perlindungan dan Akaun Pelaburan Peserta akan dibayar dan perlindungan akan tamat. 
  • Pelan Takaful yang membantu Peserta untuk mengumpul dana bagi tujuan melaksanakan Haji atau niat mulia yang lain.
  • Perlindungan 24-jam di seluruh dunia. 
  • Pembayaran caruman yang berpatutan dilakukan secara bulanan, suku tahun, setengah tahun, atau tahunan.
  • Cara bayaran yang mudah: melalui pemotongan dari Biro Angkasa, pemotongan melalui Auto Debit (RHB Bank, Maybank, BSN Giro), Tunai, Cek, Kad Kredit, Easy Pay (Auto Debit daripada Kad Kredit), Perintah Arahan Tetap dari Bank dan Perbankan Internet.
  • Caruman yang dibayar diberi pelepasan cukai, berserta Takaful Keluarga/ Insurans Hayat anda yang lain.Pelepasan cukai bagi setiap individu adalah sehingga maksimum RM6,000, tertakluk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  • Perkongsian untung – Anda layak berkongsi lebihan, jika ada daripada Akaun Pelaburan Risiko Perserta (PRIA), sekiranya ada dan tertakluk kepada tiada tuntutan dibuat. Perkongsian untung adalah berdasarkan kepada nisbah perkongsian 50:50.


Kelayakan

Orang Yang Dilindungi: Sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari sehingga 69 tahun.
Peserta/Pemohon: Sesiapa sahaja yang berumur di antara 18 tahun ke atas.

Reactions:

0 komen: