Perlindungan Barah - CancerCare

“Tak mungkin saya menghidap kanser.” Inilah perkara yang mungkin terlintas dalam hati apabila kita memikirkan tentang kanser. Malangnya, dalam dunia hari ini, tiada siapa yang boleh bersikap terlalu yakin bahawa mereka boleh mencegah penyakit memudaratkan ini. Namun, dengan kemajuan perubatan yang sedia ada, kebanyakan kanser boleh dikesan di peringkat awal dan berjaya dirawat.

Kanser ialah sejenis penyakit yang tidak memilih bulu. Penyakit ini tidak peduli badan siapa yang diserangnya. Sel kanser hidup semata-mata untuk memenuhi matlamatnya sendiri untuk membiak. Kanser langsung tidak menunjukkan belas kasihan dalam usahanya untuk mengambil alih badan perumah sehingga tubuh yang dihuninya tidak lagi wujud.


 
Kanser. Perkataan yang sering dikaitkan dengan kematian.
Terdapat 210 jenis penyakit yang diklasifikasikan di bawah nama kanser. Kanser menyerang 11 juta dewasa dan kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia dan meragut enam juta nyawa setahun. Di negara kita, 45,000 rakyat Malaysia disahkan menghidap kanser setiap tahun. Kanser ialah punca kematian kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung.

Statistik ini memang menggerunkan dan kebarangkalian menundukkan kanser untuk terus hidup hanya satu dalam empat. Tidak hairanlah ketabahan penghidap kanser untuk menentang penyakit ini benar-benar teruji.

 
Jaminan kewangan membantu menentang kanser
Persediaan kewangan sangat penting dalam usaha menentang kanser. CancerCare boleh membantu menjamin kedudukan kewangan anda. Pelan ini membantu anda membuat persiapan kewangan dan menanggung bil rawatan kanser, supaya anda dapat memberi tumpuan untuk kembali pulih tanpa bimbang tentang masalah kewangan. Menerusi perlindungan meluas kanser peringkat awal dan lanjutan, pelan ini menyediakan sumber kewangan yang diperlukan supaya anda mendapat rawatan perubatan seawal mungkin dan memberikan peluang terbaik kepada anda untuk meneruskan kehidupan.

Menerusi CancerCare, anda bukan sahaja melindungi kesejahteraan diri, tetapi tabungan anda juga dapat dikekalkan, kerana pelan
komprehensif ini membayar apabila Kanser disahkan di peringkat awal dan lanjutan.

Lindungi diri anda dengan CancerCare hari ini. Pelan ini adalah cara terbaik untuk memastikan anda bersedia untuk menghadapi ancaman penyakit yang paling pantas menular di Malaysia.

Mengenai CancerCare
CancerCare ialah pelan perubatan yang menyediakan bayaran manfaat sekali gus jika orang dilindungi menghidap Kanser dan Kanser atau Karsinoma In Situ (CIS) Khusus Jantina. Selain itu, kami juga memudahkan tuntutan dibuat bagi belanja pengebumian.
Belanja Pengebumian
Wang RM10,000 akan dibayar bagi kematian atas apa jua sebab.

 
Mengapa anda patut memilih CancerCare
• Pelan kanser komprehensif yang melindungi segala bentuk kanser
• Dirangka secara unik, untuk membayar manfaat di peringkat awal dan lanjutan kanser
• Perlindungan sehingga RM500,000 bagi kanser, dengan caruman serendah RM67 setahun
• Pelepasan cukai sehingga RM3,000. Pelepasan cukai tertakluk kepada kelayakan Peserta dan kelulusan dari Lembaga Hasil
Dalam Negeri
• Perkongsian Lebihan 50% kepada peserta jika tiada tuntutan dibuat.

 
Penyakit yang dilindungi CancerCare
Jadual Pelan dan Manfaat
 

Kelayakan

Kadar Caruman

Penamatan
Perlindungan orang dilindungi akan tamat secara automatik apabila berlaku peristiwa berikut, yang mana lebih awal;
a) selepas menerima bayaran penuh jumlah perlindungan di dalam sijil ini; atau
b) selepas tuntutan penuh manfaat kanser; atau
c) jika sebarang caruman sijil ini tidak berbayar pada akhir Tempoh Tangguh; atau
d) jika sijil menjadi tuntutan kematian, luput atau diserahkan; atau
e) pada tarikh caruman seterusnya perlu dibayar, apabila permintaan bertulis bagi penamatan sijil dikemukakan kepada Pengendali Takaful untuk berbuat demikian.

Penamatan Sijil ini tidak akan menjejaskan sebarang tuntutan sebelum penamatan tersebut. Bayaran atau penerimaan sebarang caruman di bawah ini selepas penamatan sijil tidak akan mewujudkan sebarang liabiliti tetapi Pengendali Takaful hendaklah memulangkan sebarang caruman sedemikian.

 
Tempoh Menunggu
Jika Sijil ini telah dikeluarkan dan jika atas apa jua sebab, orang dilindungi membuat keputusan untuk tidak menerima sijil ini, orang dilindungi boleh memulangkan Sijil Takaful kepada Pengendali Takaful untuk dibatalkan dengan syarat permohonan pembatalan tersebut diserahkan oleh Orang Dilindungi kepada Pengendali Takaful dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh Sijil ini dihantar. Orang dilindungi layak menerima pemulangan caruman penuh yang dibayar, ditolak belanja perubatan yang ditanggung oleh Pengendali Takaful semasa mengeluarkan Sijil ini.

 
Pengecualian
Penyakit yang tidak dilindungi oleh Sijil ini termasuk yang berikut:
i. Sebarang penyakit sedia ada
ii. Karsinoma In Situ (CIS) dan Kanser Khusus Jantina yang disahkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh sijil dikeluarkan
seperti yang tertera dalam Sijil
iii. Semua Carcinoma In Situ (CIS) kecuali Karsinoma In Situ Khusus Jantina
iv. Karsinoma Papilari Pundi
v. Semua jenis kanser kulit kecuali melanoma malignan
vi. Penyakit Hodgkin peringkat 1
vii. Tumor yang menjelma sebagai kerumitan AIDS
viii. Klasifikasi Intraepitelial Serviks (CIN) termasuk CIN I, CIN II, CIN III (Displasia Serius tanpa CIS)
Had-had yang dinyatakan di atas tidak menyeluruh dan peserta dinasihatkan merujuk kontrak Sijil untuk maklumat selanjutnya.

 
Penyakit Sedia Ada
Penyakit Sedia Ada hendaklah bermaksud sebarang penyakit atau masalah yang berlaku sebelum tarikh perlindungan berkuatkuasa dan yang sewajarnya disedari oleh Peserta. Peserta boleh dianggap wajar mengetahui tentang penyakit sedia ada itu apabila:
i. Peserta telah atau sedang menerima rawatan;
ii. Nasihat perubatan, diagnosis, penjagaan atau rawatan telah disyorkan;
iii. Gejala yang jelas dan tepat dapat atau telah dilihat dengan nyata; atau
iv. Kewujudannya dapat diperhatikan dengan jelas oleh orang yang mengalami keadaan itu.

Reactions:

0 komen: