Pelan Takaful Keluarga - Takafulink

Bak kata pepatah, perkara yang pasti dalam kehidupan adalah perubahan. Sungguhpun sesetengah perkara adalah di luar kawalan, terdapat perkara yang boleh kita rancang. Hanya sekadar merancang tidak memadai, kita harus membuat perancangan terbaik untuk menghadapi pelbagai cabaran pada tahap kehidupan yang berbeza.

Takafulink merupakan pelan Takaful Keluarga yang memberi anda kebebasan perlindungan juga pelaburan yang diluluskan Syariah tanpa adanya prejudis. Ianya unik kerana ia menawarkan perlindungan serta kaedah menabung secara tetap yang berdisiplin. Pelan ini menghasilkan pulangan yang lebih baik jika dibandingkan dengan deposit yang disimpan dalam akaun simpanan. Sebahagian daripada caruman anda dikumpul dan diurus oleh para profesional yang bermatlamat menawarkan keuntungan pelaburan yang menarik.

Mengapa Pelan Takafulink?
Pelan Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga Berkaitan Pelaburan yang dirangka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup serta memaksimakan jumlah pulangan anda sambil membuka peluang untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi.
Dengan hanya RM50 sebulan, anda menjamin masa depan yang anda impikan serta perlindungan kewangan yang anda perlukan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.



Manfaat Takafulink
 
Perlindungan
Anda boleh memilih jumlah perlindungan yang diperlukan, iaitu Jumlah Asas Dilindungi. Jumlah ini boleh ditambah atau dikurangkan, tertakluk kepada pengunderaitan semasa. Sekiranya berlaku Kematian, kedua-dua Jumlah Asas Dilindungi dan baki di dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar.
Sekiranya Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal dialami sebelum usia 65 tahun, kedua-dua Jumlah Asas Dilindungi dan baki Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar. Nilai Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan berubah-ubah mengikut prestasi asas dana Takafulink dan ianya tidak dijamin.


Jenis Akaun Caruman anda akan disalurkan kepada Akaun Pelaburan Peserta (PIA) selepas ditolak Yuran Wakalah. Yuran Wakalah dikenakan oleh Pengendali Takaful sebagai ejen peserta dalam menguruskan operasi perniagaan takaful. PIA adalah akaun pelaburan individu yang bertujuan untuk menjana keuntungan.
Caruman anda akan dilaburkan di dalam Dana yang Diluluskan Syariah. Caj risiko bulanan akan dikenakan melalui PIA kepada Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA). PRIA adalah dana risiko terkumpul di mana para peserta membuat caruman berdasarkan Tabarru’ (sumbangan). Jumlah Asas
Dilindungi adalah berbayar dari dana tersebut. Akaun PIA ini adalah tertakluk kepada yuran pengurusan dana sebanyak 1% - 1.5% setahun, yang
dikenali sebagai Yuran Wakalah Tharawat. Dana yang Diluluskan Syariah ini diurus secara profesional oleh pengurus dana yang berpengalaman
dan bermatlamat memberi anda pulangan pelaburan berpotensi tinggi.
Dana-dana Takafulink:
Anda mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana dana diluluskan Syariah yang sesuai dengan toleransi pelaburan dan risiko anda.

Dana MAA Takaful Shariah Growth
• Menyediakan tambah nilai modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang menerusi pelaburan dalam portfolio ekuiti
diluluskan Syariah yang pelbagai, dengan potensi pertumbuhan yang tinggi.
• Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi

Dana MAA Takaful Shariah Balanced
• Menyediakan campuran seimbang antara pulangan pendapatan dan pertumbuhan modal serta pengumpulan jangkamasa panjang bagi tempoh sederhana hingga panjang.
• Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang sederhana hingga tinggi.

Dana MAA Takaful Shariah Income
• Menyediakan pendapatan stabil menerusi pelaburan dalam portfolio bon dan tunai setara diluluskan Syariah yang pelbagai.
• Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko rendah hingga sederhana.

Dana MAA Takaful Shariah Flexi
• Bertujuan menjanakan pulangan positif dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan fleksibiliti peruntukan aset
daripada dana tersebut.
• Dikhususkan untuk pelabur yang memilih untuk menerima pendapatan tetap, pulangan pelaburan stabil dan potensi
peningkatan modal jangka pertengahan hingga jangka panjang.
Siapakah Yang Layak?
Takafulink disediakan untuk SEMUA yang berusia di antara 30 hari dan 69 tahun; walaubagaimanapun, para peserta mesti berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.

Bagaimana Dengan Kadar Caruman?
Anda boleh memiliki Takafulink pada caruman serendah RM50 sebulan atau RM600 setahun. Anda diberi fleksibiliti untuk membuat caruman secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau tahunan.

Apakah Pilihan Yang Disediakan?
Anda boleh memberhentikan caruman lazim anda dan masih menikmati perlindungan Takafulink, selagi nilai Akaun Pelaburan Peserta (PIA) untuk menyelesaikan caj Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) mencukupi.
Anda boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak RM1000 dalan dana Akaun Pelaburan Peserta (PIA).
Selain itu, anda juga boleh menambah pelaburan anda pada bila-bila masa dengan bayaran minimum sekali gus sebanyak RM1,000. 95% daripada Jumlah Penambahan Tak Lazim yang diperuntukkan ditolak RM25 adalah disediakan untuk pelaburan dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA).

Apakah Manfaat/Rider Lanjutan Yang Boleh Disertakan?
Terdapat rangkaian meluas bagi manfaat lanjutan untuk disertakan bersama Takafulink. Sila rujuk kepada konsultan anda bagi maklumat lanjut.

Bagaimana Dengan Penilaian Harga Unit?
Harga unit dinilai pada akhir setiap hari perniagaan. Ianya diperolehi dengan membahagikan Nilai Aset Bersih pada hari perniagaan sebelum Tarikh Penilaian dengan bilangan unit yang dikeluarkan bagi dana berkaitan pelaburan syariah MAA Takaful.

Bagaimana Dengan Penyertaan Perkongsian Lebihan Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA)?
Sekiranya terdapat sebarang lebihan bersih di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA), nilai yang sama akan dikongsi oleh Para Perserta dan Pengendali Takaful mengikut nisbah 50:50.

Adakah Caruman Yang Dibayar Diberi Pelepasan Cukai?
Caruman yang dibayar diberi Pelepasan Cukai, berserta Takaful Keluarga/Insurans Hayat anda yang lain. Pelepasan cukai bagi setiap individu adalah sebanyak jumlah maksimum RM6,000.00, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Reactions:

1 komen:

perniagaan KHA said...

tq..maklumat yang membantu http://kha11.blogspot.com