Kad Perubatan / Medical Card - SmartMedic100

KAMI MEMBANTU ANDA MERANCANG SESUATU YANG TIDAK DIRANCANG…

Kemajuan dalam teknologi perubatan perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Ditambah pula dengan kos sara hidup dan pendidikan anak-anak, anda dan orang yang tersayang mungkin terpaksa menanggung kesempitan kewangan jika anda tidak merancang perbelanjaan hospital. Kebenarannya, pembedahan yang tidak diduga dan tidak dapat dielakkan boleh menghabiskan keseluruhan simpanan anda.

Dengan SmartMedic 100, kami menawarkan anda kemasukan hospital yang dijamin dan menguruskan segala bil-bil perubatan sejurus selepas anda keluar dari panel hospital kami. SmartMedic 100 memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan yang komprehensif dan berkualiti terutama sekali bila anda memerlukannya.

SmartMedic 100 bekerjasama dengan salah sebuah ‘Managed Care Organization’ iaitu Metronic iCares Services. Metronic iCares Services menyediakan anda dengan bantuan percuma 24 jam bagi memudahkan anda;
• Kemasukan ke Hospital
• Penyelesaian terus ke atas bil-bil hospital sejurus selepas keluar hospital*


 
SmartMedic 100 juga menyediakan perlindungan yang tidak ternilai sehingga umur 80 tahun! Diri anda dijamin dengan perlindungan ke atas sesuatu yang tidak dapat dielakkan apabila anda memperbaharui pelan ini tertakluk kepada had seumur hidup. Di samping itu, SmartMedic 100 juga menawarkan faedah Khairat Kematian** sebanyak RM5,000, yang mana akan dibayar jika berlakunya kematian semua sebab. Tambahan lagi, Smartmedic 100 dijamin pembaharuan sehingga berumur 80 tahun.

Perlindungan di Seluruh Dunia…
Anda boleh melancong dengan penuh ketenangan di mana anda sedia maklum bahawa anda akan dilindungi di mana-mana sahaja di serata dunia. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
• Program Bantuan Perubatan Antarabangsa – pemindahan perubatan kecemasan, penyeliaan penghantaran balik dari segi perubatan, penghantaran ubtat yang tidak boleh didapati di pasaran tempatan, penghantaran balik mayat, kepulangan anak-anak tanggungan, 24 jam khidmat bantuan untuk rujukan perubatan dan sebagainya.
• Bantuan Perjalanan*** - menyediakan maklumat berkaitan inokulasi, keperluan visa, bantuan penemuan kehilangan bagasi, dokumen dan barang-barang persendirian, maklumat cuaca, maklumat pertukaran asing, aturan dan informasi penerbangan, rujukan perundangan, rujukan penterjemah dan penyampaian mesej kecemasan.
• Bantuan Kereta***- penundaan kecemasan 24 jam dan pembaikan kecil di tepi jalan, bantuan kereta sewa, bantuan urusan penginapan hotel dan rujukan kepada pusat-pusat perkhidmatan yang lain.
• Bantuan Kediaman***- perkhidmatan membaiki paip, tukang cuci, pembaikan am dan kawalan serangga perosak.
* Tertakluk kepada kelayakan dan faedah had pelan. Sila rujuk kepada jadual faedah.
** Faedah Khairat Kematian hanya didapati pada Pelan Asas SmartMedic 100 sahaja.
*** Khidmat rujukan sahaja. Apa-apa perbelanjaan dan/atau tanggungan akan ditanggung oleh pemilik sijil. Segala khidmat bantuan disediakan oleh pihak ketiga and penyambungan khidmat bantuan tersebut adalah tertakluk kepada perjanjian diantara Pengendali Takaful dan pengendali khidmat bantuan.
Jadual Faedah
Jadual Caruman


Kelayakan
Sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari sehingga 59 tahun yang mempunyai kadar kesihatan yang baik.

Perkongsian Lebihan
Lebihan pada akhir tahun (jika ada) akan dikongsi di antara peserta dan MAA Takaful mengikut nisbah 50:50. Tiada lebihan akan dibayar jikalau peserta menyerahkan sijil kembali kepada MAA Takaful atau sijil dimansuhkan disebabkan oleh tuntutan yang dibuat.

Pelepasan Cukai
Caruman tahunan yang dibayar untuk SmartMedic 100 akan layak untuk pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000, tertakluk kepada keputusan muktamad dari Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Pengecualian
Sebarang kecederaan/kesakitan berpunca daripada perkara-perkara seperti berikut;
• Penyakit sedia ada
• Penyakit tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan yang berterusan
• Sesiapa sahaja yang menetap di luar Negara lebih daripada 90 hari berturut-turut, yang mana sijil masih lagi aktif
• Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan.
• Kecederaan diri-sendiri dan perbuatan yang menyalahi undang-undang
• Peperangan, mogok dan rusuhan
• Sebarang operasi kegiatan ketenteraan atau bersenjata
• Kehamilan, Keguguran kandungan atau kelahiran anak
• Gangguan mental atau saraf
• Penyalahgunaan alkohol dan dadah atau yang berkaitan dengannya.
• Pembedahan kosmetik, elektif atau plastic, ataupun keabnormalan atau kecacatan kongenital
• Rawatan pergigian kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan
• Pemeriksaan rutin kesihatan dan apa-apa pemeriksaan yang tak melibatkan kemasukan ke hospital
• Rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan
• Pembelanjaan perubatan yang ditanggung oleh mana-mana badan/organisasi atau program perubatan dari mana-mana syarikat insurans dan Takaful.
• Penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, kemabukan, pensterilan, penyakit venereal dan sekuelnya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang
Nota: Pengecualian di atas tidak menyeluruh dan segala bentuk rujukan hendaklah dirujuk kepada klausa pengecualian di dalam sijil kontrak.

Tarikh Tamat Sijil
Sijil SmartMedic 100 akan tamat jika:
1. Caruman anda tidak dibayar lebih dari 31 hari.
2. Pemegang Sijil telah mencapai umur 80 tahun.
3. Selepas pembayaran untuk Khairat Kematian.
4. Jumlah faedah yang dibayar kepada Orang Yang Dilindungi telah melebihi Had Seumur Hidup.
5. Penamatan tempoh sijil asas (terpakai untuk sijil rider sahaja).

NOTA
• Menaiktaraf Bayaran Bersama Bilik dan Makan – Jika Orang Yang Dilindungi dimasukkan ke dalam hospital padar kadar Bilik & Makan yang lebih tinggi daripada manfaat yang dia layak. Orang Yang Dilindungi hendaklah menanggung 10% daripada jumlah manfaat yang lain yang telah diterangkan dalam jadual faedah bagi setiap tuntutan.
• Faedah Keseluruhan yang berbayar dalam masa setahun hendaklah tidak melebihi Had Tahunan Keseluruhan.
• Faedah Keseluruhan yang berbayar seumur hidup adalah tertakluk kepada Had Seumur Hidup.
• Terma-terma dan syarat-syarat yang tepat boleh dirujuk kepada sijil perlindungan Takaful.

Reactions:

0 komen: