Cerita telepemasaran

Pada satu petang...
Saya: Hello!
Telemarketer (TM): Hello! Selamat petang. Boleh saya bercakap dengan En. Shahrul dot dot dot...
Saya : Ya bercakap. Tentang apa tu ye?
TM : Tahniah encik kerana telah terpilih sebagai pelanggan bertuah dot dot dot.. Pihak kami dengan ini menawarkan satu skim insurans khas untuk pelanggan bertuah seperti encik. Boleh encik luangkan masa untuk mendengar penerangan saya?
Saya: OK. (saya pun tengah boring ni..sambil tu boleh belajar teknik marketing - dlm hati)
TM: Begini ya encik, pelan ini bla bla bla...dot. bla bla bla dot. Encik faham?
Saya: Ok. Saya faham, 
TM : Boleh saya minta pengesahan untuk butiran encik. Nanti pihak kami akan hantar polisi kepada encik dalam masa 3 hari.
Saya: Takpelah, saya ni pun agen takaful. Rasanya pelan yang awak tawarkan tu tak mampu nak tandingi pelan yang saya ada. Jadi terima kasih je la..
TM : Ooo..kalau macam tu terima kasih encik.
Saya: Sama-sama.
Saje nak kongsi kat sini..sebabnya ramai gak dari kalangan kita yang terus langgan polisi yang ditawarkan oleh agen melalui telefon walaupun masih tak jelas tentang perlindungannya. Yelah..penerangan lalu telefon je bukan mudah nak fahamkan. Sedangkan saya yang buat presentation depan muka pun jenuh nak bagi orang faham apa yang kita nak sampaikan.

Nak dijadikan cerita, memang ramai yang bayar lebih untuk dapatkan perlindungan/faedah yang ciput je bila ambik insurans ikut telefon ni. Lepas dah setel, bukannya agen tu nak follow up balik apa masalah kita kan? Kalau apa-apa jadi kat kita contohnya sakit ke, kemalangan ke, ada ke agen tu tau? Jangan harapla..sebab dia bukannya call kita semula lepas kita dah ambik polisi yang ditawarkan tu. 
Sama gak bila kita ambik direct dari bank..ada pegawai bank datang lawat kita kat rumah lepas tu? Hehehe.. sendiri fikir la. Nanti tengah sakit tu nak kena pegi bank untuk buat claim..kalau lambat nanti tak dapat claim plak...Lepas tu nak claim tak dapat, sebabnya tak jelas tentang polisi perlindungan yang diambil..tak ke haru???

Reactions:

0 komen: