Insurans dengan Kad Kredit

Sudah agak lama juga bermain di fikiran untuk berkongsi sedikit info mengenai kebanyakan pakej-pakej insurans yang ditawarkan melalui potongan kad kredit.

Ramai dikalangan masyarakat pada hari ini gemarkan sesuatu yang mudah dalam urusan seharian mereka. Begitu juga dalam urusan untuk mendapatkan perlindungan insurans bagi diri sendiri mahupun keluarga.

Dalam konteks insurans, apabila mereka didekati atau dihubungi oleh agen sama ada secara terus atau melalui telemarketing yang menawarkan pakej menggunakan potongan kad kredit, ramai yang bersetuju untuk menyertainya tanpa menyedari bahawa tidak semua pakej yang ditawarkan adalah berbaloi dengan potongan/pembayaran yang dikenakan.

Ini kerana, bagi mereka perkara tersebut telah memudahkan tugas mereka tanpa perlu bersusah payah pergi ke sesuatu tempat sama ada bank ataupun pejabat insurans bagi melakukan urusan berkaitan insurans. Sebagai contoh, ramai di kalangan masyarakat Malaysia yang menganggap potongan kad kredit yang hanya 20 ke 40 ringgit sebulan tidak membebankan mereka. Tetapi pada hakikatnya mereka boleh mendapat perlindungan yang lebih berbaloi jika mereka melakukan sedikit usaha untuk mengetahuinya.

Tahukah anda, MAA Takaful menawarkan kadar perlindungan yang tinggi dengan premium bulanan yang rendah? Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana dengan hanya RM50, anda boleh mendapat perlindungan RM100,000.00!!!

Reactions:

0 komen: