MAA Takaful Menang Anugerah Sekali Lagi

4 Oktober 2011 - MAA Takaful telah merangkul anugerah Produk Takaful Paling Cemerlang menerusi produk MAA Takafulink sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2011 (KLIFF) di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Anugerah telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada Majlis Anugerah Kewangan Islamik KLIFF ke-8. 
Ini bermakna MAA Takaful telah menerima anugerah ini TIGA tahun berturut-turut bermula pada tahun 2009, 2010 dan 2011. Untuk itu, semakin jelas dan tiada sebarang keraguan lagi bahawa produk MAA Takaful adalah yang terbaik untuk anda.
Kepada anda yang masih tercari-cari produk takaful yang terbaik untuk anda dan keluarga, bertindaklah dengan bijak dan jangan gusar lagi, pilihlah MAA Takaful sebagai pengendali takaful anda dan juga keluarga.

Reactions:

0 komen: