Pemilikan insurans di kalangan masyarakat Melayu

Menurut kajian yang dibuat oleh Life Insurance Malaysian Research Association (LIMRA), sepanjang hayat manusia, seseorang itu memerlukan sebanyak 7 polisi insuran / takaful. Ia meliputi aspek untuk perlindungan,kesihatan,pendidikan,pelaburan dan juga simpanan.

Penduduk Malaysia yang mempunyai perlindungan insurans / takaful hanya 25% daripada 28 juta rakyatnya (kebanyakan terdiri dari bukan Melayu). Berdasarkan fakta ini, kesedaran memiliki insurans/takaful masih lagi rendah khususnya dikalangan orang Melayu.


Di Singapura sebanyak 100% yang memiliki polisi, secara purata 1 orang 1 polisi dan di Jepun sebanyak 150%, iaitu 1 orang memiliki lebih daripada satu polisi.

Bagi seorang muslim, ulama telah menhasilkan takaful sebagai alternative untuk insurans konvesional. Ini bagi mengelakkan unsur-unsur yang tidak halal dalam insurans. MAA Takaful adalah salah satu syarikat yang beroperasi menurut syariah Islam dan diawasi oleh badan syariah tersendiri.

“Gunakan 5 sebelum 5 perkara : Muda sebelum Tuan; Sihat sebelum Sakit; Kaya sebelum Miskin; Lapang sebelum Sempit; Hidup sebelum Mati”

Keperluan Kepada Pelan Takaful

 “Seseorang itu menyertai Pelan Takaful bukan kerana beliau akan mati, tetapi untuk memastikan kehidupan orang yang disayangi dapat diteruskan”

Reactions:

0 komen: